Wednesday, May 1, 2013

Apa itu E-Dagang?


E-Dagang atau “E-Commerce “ merupakan satu sistem perniagaan online yang tidak asing lagi. Kebanyakan rakyat Malaysia lebih suka menyebut e-dagang dengan menggunakan perkataan E-commerce. Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan e-dagang? Atau anda hanya tahu menyebutnya sahaja tanpa tahu apakah maksud sebenar e-dagang.
Secara ringkasnya, e-dagang merupakan satu sistem website yang membolehkan pemiliknya melakukan penjualan atau jual beli bersama pelanggannya.E-commerce juga merupakan website yang mempunyai akses kepada sistem transaksi tanpa batasan seperti bank tempatan, paypal dan ipay88.  Selalunya, website seperti ini mempunyai produk yang ingin dijual dengan banyak dan mempunyai sistem katalong bagi produk yang berlainan. Website e-dagang juga membolehkan pemiliknya meletakkan harga bagi setiap barangan, harga pos (mengikut berat), jenis size dan warna dan macam2 lain yang melibatkan produk yang ingin dijual.
Pada masa kini website e-dagang telah digunakan secara komersial, dimana sudah ramai peniaga dan usahawan mengunakan website e-dagang untuk menjalankan perniagaan secara online. Sekiranya anda berminat untuk berniaga secara online, website e-dagang adalah salah satu website yang sesuai untuk anda!
E-dagang pada masa kini adalah satu cara yang paling popular jika anda ingin menjalankan perniagaan secara dimana ianya mampu mengurangkan kos anda, membantu anda mendapatkan target pemasaranyang luas, berkomunikasi secara online bersama pelanggan dan pelbagai lagi.
Tahukah anda pengguna Internet di Malaysia mencecah hampir 17 juta pengguna, cuba anda bayangkan jika anda memulakan perniagaan anda menggunakan sistem e-dagang dan cara pemasaran yang betul berapa banyakkan target pemasaran yang anda bakal dapat?
Renung-renungkanlah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.